Ahad, 12 Januari 2014

Kelas Bimbingan 2014

Kelas bimbingan telah bermula pada 12 Januari 2014 bagi Tahun 4, 5 dan 6. Masa 1.40 hingga 2.40 petang. Sekiranya, murid tidak dapat mengikuti kelas bimbingan, pihak ibu bapa mesti menulis surat penjelasan kepada pihak sekolah untuk makluman. Surat tersebut mesti diserahkan kepada penyelaras kelas bimbingan. Bayaran bagi kelas bimbingan ialah RM 15.

Murid-murid diingatkan supaya tidak menangguhkan pembayaran seperti tahun lepas yang masih ada lagi tunggakan terutamanya murid Tahun 5 dan Tahun 4 tahun lepas. Harap ibu bapa dapat menjelaskannya pada tahun ni 2014. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan