Jumaat, 17 Januari 2014

Peperiksaan UPPT Tahun 6 2014

Pihak sekolah dan Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR telah bersetuju untuk mengadakan program penentu pencapaian TOV Tahun 6 pada 16 Januar 2014. Objektif ujian ini adalah untuk menentukan pencapaian murid Tahun 6 dan seterusnya menarget murid score A 2014. Program UPPT ( Ujian Pencapaian Penentu TOV) akan diadakan pada 22 Januari 2014(Rabu) dan 23 Januari 2014(Khamis).
Harap ibu bapa maklum tentang perkara ini. Pihak sekolah juga berharap murid-murid bersedia menghadapinya.

Sekolah Ganti 2014

Pada hari Khamis, 16 Januari 2014 telah diedarkan surat siaran mengenai cuti peristiwa dan sekolah ganti. Harap ibu bapa perihatin dengan tarikh - tarikh tersebut.

Sekolah Ganti yang pertama pada 25 Januari 2014.

Mesyuarat AJK PIBG

Mesyuarat AJK PIBG akan diadakan pada 21 Januari 2014. Tempat SK Canossian Convent. Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 5.00 petang. Agenda yang akan dibincangkan berkaitan dengan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sesi 2013/2014, Laporan 1MDB dan Program Saranan ibu bapa.
Harap semua AJK dapat menghadirkan diri untuk melancarkan perjalanan mesyuarat.
Terima kasih.

Ahad, 12 Januari 2014

Kelas Bimbingan 2014

Kelas bimbingan telah bermula pada 12 Januari 2014 bagi Tahun 4, 5 dan 6. Masa 1.40 hingga 2.40 petang. Sekiranya, murid tidak dapat mengikuti kelas bimbingan, pihak ibu bapa mesti menulis surat penjelasan kepada pihak sekolah untuk makluman. Surat tersebut mesti diserahkan kepada penyelaras kelas bimbingan. Bayaran bagi kelas bimbingan ialah RM 15.

Murid-murid diingatkan supaya tidak menangguhkan pembayaran seperti tahun lepas yang masih ada lagi tunggakan terutamanya murid Tahun 5 dan Tahun 4 tahun lepas. Harap ibu bapa dapat menjelaskannya pada tahun ni 2014. Terima kasih.

Khamis, 9 Januari 2014

Sabtu, 4 Januari 2014

Kursus Kepimpinan 2014

Kursus Kepimpinan Pengawas, PSS, SPBT, Ketua Kelas, dan Penolong Ketua Kelas diadakan pada 4 Januari 2014... Kursus ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.45 petang...Murid-murid diajar dan didedahkan dengan peraturan sekolah dan praktikal....
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pengurusan perhimpunan, peraturan semasa di kantin, program menggosok gigi...menyusun buku, dan sebagainya. Murid-murid juga didedahkan dengan memahami peranan mereka.



















Watikah pelantikan akan diberi di lain masa.