Rabu, 30 Oktober 2013

Pemantauan Galeri Sejarah Peringkat Akhir







Inilah barisan pemantau yang terdiri daripada pegawai PPD Segamat dan Guru Besar-Guru Besar  pada hari ini, 30 Oktober 2013



Pemantauan Galeri Sejarah peringkat pertama







Pemantauan pertama telah dinilai oleh Encik Yunos dan Encik Nasir pada 16 Oktober 2013. 

Kumpulan KSIB SKCC






Ahli kumpulan KSIB SKCC yang sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah. Hari Kanak-kanak, kumpulan KSIB menjadi hakim bagi acara pakaian beragam dan persembahan. Terima kasih atas kehadiran dan sokongan.

Hari Kanak-Kanak 2013


DJ SKCC yang ceria


Permainan 'Gerak ikut irama...Henti tanpa irama'......Seronoknya...

Jan jan jala ....


 Bergaya dengan fesyen pakaian masing-masing....

En.Ali bin Yusof, Guru Kokurikulum memberi hadiah kepada murid Tahun 1

Khamis, 24 Oktober 2013


Amanat Sebelum Cuti Sekolah ( 24 Oktober 2013)

1. Bengkel / Taklimat Sarana Guru dan Sarana Ibu Bapa oleh En.Nordin bin Sanat
    - Makluman dan pendedahan tentang Sarana Guru dan Sarana Ibu Bapa
    - Bengkel melengkapkan Portal Sarana Ibu Bapa. Boleh rujuk blog sekolah.
    - Perbincangan jawatankuasa KISB.

2. Mesyuarat ringkas daripada Unit Kurikulum
   - Penyerahan markah peperiksaan akhir tahun dan PBS
   - Hari Kanak-kanak (30.10.2013)
   - Hari Kokurikulum (31.10.2013)
   - Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik
   - Pelantikan pengawas tahun 2014
   - Persediaan sebelum banjir
   - Gotong-royong ( 14 dan 15 November 2013)
   - Pemulangan buku dan penyerahan buku teks
   - SPSK
   - Laporan program sepanjang tahun 2013
   - Minit Mesyuarat Panitia diserahkan kepada Puan Noorwati binti Muda
   - Kem Bestari ( Rujuk Pn. Halina dan Pn. Hanis)
   - Tarikh-tarikh penting:
     a) Mesyuarat Guru 1 / Kurikulum
         - 27 Disember 2013(Jumaat)
         - masa 8.00 pagi - 12.15 tengah hari
         - Bilik mesyuarat
    b) Penjualan Peralatan Persekolahan dan kutipan sumbangan PIBG
        - 28 Disember 2014 (Sabtu)
        - 8.30 pagi - 1.00 petang
        -  Zon Bahasa Inggeris / Kedai buku
    c) Orientasi Murid Tahun 1
        - 28 Disember 2013
        - 8.30 pagi - 10.00 pagi
        - Dewan
     d) Mesyuarat HEM / Kokokurikulum
        - 30 Disember 2013
        - 8.30 pagi - 10.30 pagi( HEM)
        - 11.00 - 1.00 pagi (Kokurikulum)
      e) Kursus LDP 1
       - 30 Disember .2013
       - 2.00 - 5.00 petang
       - Bilik komputer
     f) Kursus LDP 2
       - 31 Disember 2013
       - 8.30 - 10.30 pagi
       - Bilik komputer
    - Persediaan Keceriaan dan Bilik Darjah, Bilik Khas, Sudut di luar bilik darjah dan zon bahasa
       Inggeris


Mesyuarat AJK PIBG

Untuk makluman kepada jawatankuasa PIBG,

Setelah dipersetujui oleh YDP PIBG dan Penasihat PIBG, Mesyuarat JK PIBG kali ke-2 sesi 2013/2014 akan diadakan seperti yang tertera di bawah;

Tarikh                                           : 28 OKTOBER 2013
Hari                                               : ISNIN
Masa                                              : 5.00 PETANG
Tempat                                          : SK CANOSSIAN CONVENT, SEGAMAT
Perkara yang akan dibincangkan : PERANAN SARANA IBU BAPA, 
                                                          HARI KANAK-KANAK
                                                          HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK 2013


Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri, sila maklumkan kepada setiausaha PIBG.

Sekian, terima kasih.


Mesyuarat Khas


Mesyuarat yang bertarikh pada 23 Oktober 2013 telah dipinda pada 24 Oktober 2013 atas perkara yang tidak dapat dielakkan.
Mesyuarat tersebut seperti yang  ketetapan berikut;

Tarikh : 24 OKTOBER 2013
Hari    : KHAMIS
Masa   : 1.20 PETANG

Sehubungan dengan itu, kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut.

Kehadiran tuan/puan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Tahniah ....Anugerah Kokurikulum 2013


Tiga orang guru SK Convent, Segamat telah menerima Anugerah Kokurikulum Peringkat Negeri Johor pada 23 Oktober 2013.Tahniah kepada Encik Supian bin Hashim yang dinobatkan sebagai Johan manakala Puan Premawathy pula memperoleh tempat ke-4 dalam kategori Anugerah Guru Kokurikulum Cemerlang. Guru penasihat Persatuan Sains dan Matematik, Puan Norlela binti Mat Akhir memperoleh Johan dalam Anugerah Persatuan Sains dan Matematik Cemerlang di peringkat negeri Johor. Tahniah juga kepada unit kokurikulum.








Encik Supian bin Hashim dan Puan Norlela binti Mat Akhir akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Perlis pada 6 November 2013 dalam kategori Anugerah Guru Kokurikulum Cemerlang dan Persatuan Sains dan Matematik . Semoga mereka membawa pulang kejayaan yang lebih cemerlang. Tahniah buat mereka berdua.

Isnin, 21 Oktober 2013

Peperiksaan Akhir Tahun dan PBS 2013

Bermula 22 Oktober 2013 hingga 25 Oktober 2013, Murid-murid SK Canossian Convent, Segamat akan menduduki peperiksaan dan PBS Akhir Tahun 2013. Semoga murid-murid dapat menjawab soalan-soalan dengan baik. Semua ibu bapa dan guru mengucapkan 'Selamat Menduduki Peperiksaan. Buat yang terbaik".

Jadual Peperiksaan

Selasa ( 22 Oktober 2013)
1. Bahasa Melayu (Pemahaman) - Tahap 1 dan Tahap 2
2. Bahasa Melayu (Penulisan)
3. Pendidikan Moral/Pendidikan Agama Islam - Tahap 1 dan Tahap 2
4. Matematik Kertas 2  - Tahap 2
5. Belajar seperti biasa

Rabu (23 Oktober 2013)
1. Matematik Kertas 1 - Tahap 1 dan Tahap 2
2. Pendidikan Sivik Kenegaraan - Tahap 2
3. Pendidikan Jasmani / Pendidikan Kesihatan - Tahap 1 dan Tahap 2
4. Kajian Tempatan - Tahap 2
5. Belajar seperti biasa

Khamis (24 Oktober 2013)
1. Sains - Tahap 1 dan Tahap 2
2. Bahasa Inggeris kertas 1 - Tahap 2
3. Bahasa Inggeris Kertas 2 - Tahap 1 dan Tahap 2
4. Belajar seperti biasa

Jumaat ( 25 Oktober 2013)
1. Pendidikan Seni Visual / Dunia Seni Visual - Tahap 1 dan Tahap 2
2. Bahasa Arab / Bahasa Cina - Tahap 1
2. Belajar seperti biasa

Ahad, 20 Oktober 2013

Kewujudan Blog Sekolah Convent

Blog SK Canossian Convent, Segamat diwujudkan semula untuk tatapan semua. Sebelum ini, blog SKCC dikenali dengan nama 'SRIKANDI SKCC'. Blog tersebut sudah dua tahun tidak diaktifkan. Oleh demikian, saya telah mengambil insiatif mengaktifkan semula blog SKCC dengan nama baru SK Canossian Convent, Segamat. Segala maklumat akan dilayari di blog ini.

Keunikan SKCC luar biasa



WARGA SK CANOSSIAN CONVENT,SEGAMAT


Sekolah Kebangsaan Canossian Convent mempunyai keunikan atau keistimewaan yang tersendiri. Warga sekolah terdiri daripada pelbagai kaum yang memiliki pelbagai budaya. Adat dan kesenian yang berbeza telah menyatupadukan mereka dalam mentransformasikan sekolah ke arah yang lebih efisien dan cemerlang. Tambahan pula, sokongan padu yang dihulurkan oleh komuniti masyarakat setempat dan sarana ibu bapa serta ahli PIBG yang sentiasa menjanakan kekuatan kepada pihak sekolah dalam apa-apa jua bidang. SK Canossian Convent sentiasa mengungguli setiap aktiviti-aktiviti yang disertainya. Ikatan yang terjalin telah membuahkan hasil kejayaan yang luar biasa sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan ko-akademik di peringkat sekolah sehingga peringkat antarabangsa.