Selasa, 12 November 2013

ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Tahniah kepada Encik Supian Bin Hashim yang telah memperoleh tempat ke-3 sebagai Guru Cemerlang Kokurikulum  sempena Anugerah Kokurikulum peringkat Kebangsaan 2013. Tahniah juga kepada guru penasihat, Puan Norlela binti Mat Akhir dan Persatuan Sains dan Matematik. Persatuan Sains dan Matematik telah memperoleh saguhati. Walau bagaimanapun, kedua-duanya adalah antara 'TOP FIVE'  bagi Anugerah Kokurikulum peringkat kebangsaan 2013. Penyertaan ini adalah julung kali. Insya-Allah, tahun 2014, SK Canossian Convent, Segamat akan lebih bersinar.
Debaran menunggu keputusan diumumkan .... Antara  'Top Five'.

Encik Supian Hashim diumumkan tempat ke-3

Persatuan Sains dan Matematik bergambar kenangan setelah menerima anugerah




Bersama dengan Cik Mas Tyna Wati (Sekolah Tun Aminah, Johor Bharu) dan Puan Rosnah (Guru Besar SK Kudong yang memperoleh Naib Johan bagi Anugerah Sekolah Cemerlang Sekolah Rendah Pendalaman)


Jamuan makan malam di Hotel Putra Palace, Perlis


Wakil Encik Supian bin Hashim menerima Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum setelah diumumkan tempat ke-3

Bergambar bersama Puan Ong Bee Bee, SK Seksyen 13 Shah Alam, Johan Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum dan Encik Mohd Zaki bin Ghazali ( SK Convent Infant Jesus (1) yang memperoleh tempat ke-2)



Malam raptai

Bas yang membawa ke destinasi yang dituju

Keceriaan

Menanti penuh debaran
Soh Pei Yi menerima anugerah daripada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Raja Muda Perlis selepas Nur El Iman.

Terima kasih kepada murid-murid dan guru-guru SKCC serta Sarana Ibu Bapa.

1 ulasan:

  1. Terima kasih cikgu wan kerana sudi mewakili sy. Thn depan kita gegarkan Terengganu

    BalasPadam