Khamis, 24 Oktober 2013

Tahniah ....Anugerah Kokurikulum 2013


Tiga orang guru SK Convent, Segamat telah menerima Anugerah Kokurikulum Peringkat Negeri Johor pada 23 Oktober 2013.Tahniah kepada Encik Supian bin Hashim yang dinobatkan sebagai Johan manakala Puan Premawathy pula memperoleh tempat ke-4 dalam kategori Anugerah Guru Kokurikulum Cemerlang. Guru penasihat Persatuan Sains dan Matematik, Puan Norlela binti Mat Akhir memperoleh Johan dalam Anugerah Persatuan Sains dan Matematik Cemerlang di peringkat negeri Johor. Tahniah juga kepada unit kokurikulum.








Encik Supian bin Hashim dan Puan Norlela binti Mat Akhir akan mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Perlis pada 6 November 2013 dalam kategori Anugerah Guru Kokurikulum Cemerlang dan Persatuan Sains dan Matematik . Semoga mereka membawa pulang kejayaan yang lebih cemerlang. Tahniah buat mereka berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan