Selasa, 12 November 2013

Raptai Penuh dan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2013

Pagi ini, sekali lagi raptai diadakan. Hari ini, raptai penuh. Dari awal hingga akhir. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid telah menjayakan raptai ini walau pun beberapa orang guru telah diarahkan menghadiri kursus termasuk Guru Besar di saat akhir. Buat pertama kalinya kedua-dua otai juruacara tiada kerana menghadiri kursus iaitu Encik Supian Hashim (Kursus PJ) dan Puan Norlela Mat Akhir ( Diskusi Literasi dan Numerasi). Wujudlah, juruacara bidan terjun. Walau bagaimanapun, majlis raptai berjalan dengan lancar.


 Hiasan pentas


 Murid-murid yang menerima Anugerah Akademik dan Sahsiah terbaik, Anugerah Khas Juri,Anugerah murid Kokurikulum terbaik dan Anugerah pelajar Terbaik Keseluruhan 2013






















  





 







 









 Beberapa orang murid mengiringi perasmi

 Nurul Huwaidah menerima anugerah daripada Encik Mohamed Aris bin Mohamed Dol

 Memberi cenderamata

Juruacara serius melihat ke arah pentas.

Acara kemuncak diadakan pada waktu petang. Tepat pukul  2.00 petang, dewan SKCC dipenuhi dengan ibu bapa. Kehadiran ibu bapa memeriahkan lagi majlis hari ini. Majlis hari ini dirasmikan oleh Encik Mohamed Aris bin Mohamed Dol, wakil Ahli Parlimen Sekijang. Majlis berjalan dengan lancar walau pun bilangan guru sedikit kerana menghadiri kursus. Majlis diserikan dengan pelbagai tarian. Majlis tamat pada pukul 4.30 petang. Tahniah kepada murid-murid yang telah memperoleh anugerah dan terima kasih kepada murid-murid yang membuat persembahan. Persembahan cukup menarik dan menghiburkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan