Selasa, 12 November 2013

Raptai Penuh dan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2013

Pagi ini, sekali lagi raptai diadakan. Hari ini, raptai penuh. Dari awal hingga akhir. Kerjasama antara guru-guru dan murid-murid telah menjayakan raptai ini walau pun beberapa orang guru telah diarahkan menghadiri kursus termasuk Guru Besar di saat akhir. Buat pertama kalinya kedua-dua otai juruacara tiada kerana menghadiri kursus iaitu Encik Supian Hashim (Kursus PJ) dan Puan Norlela Mat Akhir ( Diskusi Literasi dan Numerasi). Wujudlah, juruacara bidan terjun. Walau bagaimanapun, majlis raptai berjalan dengan lancar.


 Hiasan pentas


 Murid-murid yang menerima Anugerah Akademik dan Sahsiah terbaik, Anugerah Khas Juri,Anugerah murid Kokurikulum terbaik dan Anugerah pelajar Terbaik Keseluruhan 2013






















  





 







 









 Beberapa orang murid mengiringi perasmi

 Nurul Huwaidah menerima anugerah daripada Encik Mohamed Aris bin Mohamed Dol

 Memberi cenderamata

Juruacara serius melihat ke arah pentas.

Acara kemuncak diadakan pada waktu petang. Tepat pukul  2.00 petang, dewan SKCC dipenuhi dengan ibu bapa. Kehadiran ibu bapa memeriahkan lagi majlis hari ini. Majlis hari ini dirasmikan oleh Encik Mohamed Aris bin Mohamed Dol, wakil Ahli Parlimen Sekijang. Majlis berjalan dengan lancar walau pun bilangan guru sedikit kerana menghadiri kursus. Majlis diserikan dengan pelbagai tarian. Majlis tamat pada pukul 4.30 petang. Tahniah kepada murid-murid yang telah memperoleh anugerah dan terima kasih kepada murid-murid yang membuat persembahan. Persembahan cukup menarik dan menghiburkan.

Raptai Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2013

Tepat pukul 10.30 pagi, raptai Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2013. Raptai ini berjalan dengan lancar. Persembahan cukup menarik. Pelbagai kaum mengambil bahagian.

Penyampaian Sijil Penyertaan Menulis Surat 1 Malaysia 2013

Seramai 79 orang murid menerima sijil menulis surat 1 Malaysia peringkat kebangsaan. Penyertaan tahun ini meningkat berbanding tahun 2012. Semoga tahun hadapan lebih ramai penyertaan dan harapan memperoleh anugerah.

ANUGERAH KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

Tahniah kepada Encik Supian Bin Hashim yang telah memperoleh tempat ke-3 sebagai Guru Cemerlang Kokurikulum  sempena Anugerah Kokurikulum peringkat Kebangsaan 2013. Tahniah juga kepada guru penasihat, Puan Norlela binti Mat Akhir dan Persatuan Sains dan Matematik. Persatuan Sains dan Matematik telah memperoleh saguhati. Walau bagaimanapun, kedua-duanya adalah antara 'TOP FIVE'  bagi Anugerah Kokurikulum peringkat kebangsaan 2013. Penyertaan ini adalah julung kali. Insya-Allah, tahun 2014, SK Canossian Convent, Segamat akan lebih bersinar.
Debaran menunggu keputusan diumumkan .... Antara  'Top Five'.

Encik Supian Hashim diumumkan tempat ke-3

Persatuan Sains dan Matematik bergambar kenangan setelah menerima anugerah




Bersama dengan Cik Mas Tyna Wati (Sekolah Tun Aminah, Johor Bharu) dan Puan Rosnah (Guru Besar SK Kudong yang memperoleh Naib Johan bagi Anugerah Sekolah Cemerlang Sekolah Rendah Pendalaman)


Jamuan makan malam di Hotel Putra Palace, Perlis


Wakil Encik Supian bin Hashim menerima Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum setelah diumumkan tempat ke-3

Bergambar bersama Puan Ong Bee Bee, SK Seksyen 13 Shah Alam, Johan Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum dan Encik Mohd Zaki bin Ghazali ( SK Convent Infant Jesus (1) yang memperoleh tempat ke-2)



Malam raptai

Bas yang membawa ke destinasi yang dituju

Keceriaan

Menanti penuh debaran
Soh Pei Yi menerima anugerah daripada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Raja Muda Perlis selepas Nur El Iman.

Terima kasih kepada murid-murid dan guru-guru SKCC serta Sarana Ibu Bapa.

Jumaat, 1 November 2013

Album Kenangan 2013

Pada 29 Oktober 2013, anak-anak murid SKCC bergambar kenangan bersama dengan guru kelas masing-masing.


Tahun 1 
Guru Kelas : Puan Norlela binti Mat Akhir
Ketua Kelas: Puteri Nur Elveeana Qistiesha binti Asrizal
Pen. Ketua Kelas : Batrisya Umairah binti Mohd Azaharai


 Tahun 2
Guru Kelas : Puan Radziah binti Muhydin
Ketua Kelas : Nur Suhailah Diyana  binti Mohamad
Pen. Ketua Kelas : Nur Shazwanieza Ezlyin binti Shamsudin
 
 Tahun 3
Guru Kelas : Puan Teng Mey Lee 
Ketua Kelas : Amanda Alda Oswald
Pen. Ketua Kelas : Kek Huay Shean

 
 Tahun 4
Guru Kelas : Encik Nordin bin Sanat
Guru Ganti ketika penggambaran : Cik Premawathy A/P Chennimalai
Ketua Kelas : Tryphosa Wong Siew Hwa
Pen. Ketua Kelas : Najma Syadira binti Md Shahril



 Tahun 5
Guru Kelas : Puan Tan Ai Chieng ( bermula bulan Julai 2013)
Puan Hjh. Ruhana binti Daslar ( Bulan Januari hingga Bulan Mei 2013)
Ketua Kelas : Abigail Anne Oswald
Pen. Ketua Kelas : Syazwani Muhamad Firdaus


Tahun 6
Guru Kelas : Cik W.Nor Asekin binti W.Hussain
Ketua Kelas : Nurhamisya Rozlin binti Mohamed Rosdi
Pen. Ketua Kelas : Low Mei Chi