Kepada semua , penggunaan Facebook SKCC telah dibuka. Sila layari dan Add FB SKCC. Segala maklumat disebarkan melalui FB. Manakala penggunaan blogspot untuk laporan harian / aktiviti SKCC. FB SKCC dan blogspot SKCC diwujudkan untuk memudahkan pihak sekolah menyebarkan maklumat kepada orang ramai seiring dengan penggunaan teknologi masa kini.
Terima kasih.
Daripada,
Srikandi,
Admin SKCC,
Ahad, 29 Disember 2013
Sabtu, 28 Disember 2013
3 Aktiviti Dalam 1 Hari
Tiga aktiviti telah dijalankan dalam satu masa. Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1 2014, Penjualan buku tulis dan pembayaran sumbangan PIBG 2014.
Sesi taklimat pendaftaran Tahun 1 diadakan di dewan dan kelas Tahun 1. Taklimat diberi oleh Pn. Tey Siew Choo , Pn. Noorwati mewakili GPK HEM membentangkan mengenai Tahun1. GPK HEM tidak dapat bersama hari ini. Manakala Pn. Norlela selaku guru kelas memberi taklimat mengenai Tahun 1. Pn. Hanis memberi penerangan mengenai pembelajaran agama dan J-Qaf.
Sedang di dewan sibuk dengan taklimat, di kawasan zon bahasa Inggeris, guru-guru kelas sibuk melayan ibu bapa yang membayar sumbangan PIBG.
Setelah selesai membuat bayaran sumbangan PIBG, ibu bapa beredar ke tempat membeli buku tulis yang dikendalikan oleh Sister dan orang-orangnya.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada AJK Sarana PIBG yang bertugas sebagai penyambut tetamu( ibu bapa) dan menyediakan makan minum untuk guru-guru.

Jumaat, 27 Disember 2013
Mesyuarat Guru Pertama
Hari ini selesai sudah mesyuarat guru dan mesyuarat kurikulum kali pertama. Semua guru hadir. Maklumat penting dimaklumkan kepada guru-guru. Mesyuarat hari ini dipengerusikan oleh Encik Nordin dan setiausahanya, Pn, Hanis.
Catat Nis... ingat tau...3 hari jer tempoh untuk penghantaran minit mesyuarat...
Kak Lela senyum jer....tahun 2014, gembira dapat anak-anak Tahun Satu seramai ...31 orangggg
Wah, tekun pengerusi ni membaca minit mesyuarat yang lalu.
Perkara berbangkit tak perlu dibincang lama sebab sudah dipersetujui dalam mesyuarat lalu.
Maklumkan sahaja sama ada perkara yang dibangkit sudah dijalankan atau dilaporkan sahaja.

Langgan:
Catatan (Atom)