Ahad, 29 Disember 2013

Pemberitahuan Penggunaan Facebook

Kepada semua , penggunaan Facebook SKCC telah dibuka. Sila layari dan Add FB SKCC. Segala maklumat disebarkan melalui FB. Manakala penggunaan blogspot untuk laporan harian / aktiviti SKCC. FB SKCC dan blogspot SKCC diwujudkan untuk memudahkan pihak sekolah menyebarkan maklumat kepada orang ramai seiring dengan penggunaan teknologi masa kini.

Terima kasih.

Daripada,
Srikandi,
Admin SKCC,

Sabtu, 28 Disember 2013

3 Aktiviti Dalam 1 Hari

Tiga aktiviti telah dijalankan dalam satu masa. Pendaftaran dan Orientasi Tahun 1 2014, Penjualan buku tulis dan pembayaran sumbangan PIBG 2014.

Sesi taklimat pendaftaran Tahun 1 diadakan di dewan dan kelas Tahun 1. Taklimat diberi oleh Pn. Tey Siew Choo , Pn. Noorwati mewakili GPK HEM membentangkan mengenai Tahun1. GPK HEM tidak dapat bersama hari ini. Manakala Pn. Norlela selaku guru kelas memberi taklimat mengenai Tahun 1. Pn. Hanis memberi penerangan mengenai pembelajaran agama dan J-Qaf.





Sedang di dewan sibuk dengan taklimat, di kawasan zon bahasa Inggeris, guru-guru kelas sibuk melayan ibu bapa yang membayar sumbangan PIBG.






Setelah selesai membuat bayaran sumbangan PIBG, ibu bapa beredar ke tempat membeli buku tulis yang dikendalikan oleh Sister dan orang-orangnya.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada AJK Sarana PIBG yang bertugas sebagai penyambut tetamu( ibu bapa) dan menyediakan makan minum untuk guru-guru.


Jumaat, 27 Disember 2013

Mesyuarat Guru Pertama

Hari ini selesai sudah mesyuarat guru  dan mesyuarat kurikulum kali pertama. Semua guru hadir. Maklumat penting dimaklumkan kepada guru-guru. Mesyuarat hari ini dipengerusikan oleh Encik Nordin dan setiausahanya, Pn, Hanis.






 Catat Nis... ingat tau...3 hari jer tempoh untuk penghantaran minit mesyuarat...


Kak Lela senyum jer....tahun 2014, gembira dapat anak-anak Tahun Satu seramai ...31 orangggg



Wah, tekun pengerusi ni membaca minit mesyuarat yang lalu.
Perkara berbangkit tak perlu dibincang lama sebab sudah dipersetujui dalam mesyuarat lalu.
Maklumkan sahaja sama ada perkara yang dibangkit sudah dijalankan atau dilaporkan sahaja.


Selasa, 19 November 2013

Angkara Siapa !!!???

19 November 2013, peristiwa yang belum pernah lagi berlaku di SK Canossian Convent, Segamat. Di manakah silapnya? Angkara siapakah ini?
Apabila memerhatikan gambar yang dihantar, hanya tempat-tempat tertentu yang dibuka laci dan digeledah kotaknya seolah-olah orang yang membuat angkara ini tahu siapa yang menyimpan barang yang dikehendakinya. Namun, siapalah yang punya angkara, sanggup datang mencuri di SK Canossian Convent,Segamat.

 


semua laci dibuka dan kotak-kotak yang berisi barang diturunkan...                                                

Pintu dicungkil dan dikopak...

Ahad, 17 November 2013

RAYUAN PENEMPATAN MURID TAHUN ENAM KE TINGKATAN SATU 2014

Perhatian kepada murid-murid Tahun 6 SK Canossian Convent, Segamat,Johor 2013.

        Para ibu bapa dikehendaki membuat pendaftaran anak mereka di sekolah menengah pada  
1 Januari 2014. Tuan/ puan mesti membawa surat penempatan ke sekolah menengah bertarikh 
1 November 2013 yang diedarkan pada 11 November 2013  bersama dengan  salinan dokumen 
seperti ;
a.surat beranak/sijil lahir
b.kad pengenalan
c.slip keputusan peperiksaan UPSR 2013

       Sekiranya tuan/puan tidak bersetuju dengan sekolah penempatan yang diluluskan, pihak tuan/puan atau penjaga boleh membuat rayuan penempatan semula ke sekolah menengah lain bermula pada 18 November 2013 hingga 28 November 2013. Ibu bapa boleh mengambil surat rayuan penempatan semula sekolah menengah ke tingkatan satu  tahun 2014 di pejabat sekolah rendah (SK Canossian Convent, Segamat). Surat rayuan penempatan semula ini akan dimajukan kepada pihak PPD Segamat dalam tempoh tarikh tersebut. Oleh itu, ibu bapa bolehlah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan HEM untuk mendapatkan surat tersebut.

Keputusan rayuan penempatan semula ke sekolah menengah lain akan diumumkan pada 9 Disember hingga 13 Disember 2013. Surat penempatan yang baru akan diposkan kepada anak tuan/puan dalam tempoh tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.


Jumaat, 15 November 2013

SAYONARA.....NAMUN, PERTEMUAN MASIH ADA...

Hari terakhir persekolahan 2013. Sayonara bagi murid-murid Tahun 6 yang akan melangkahkan kaki ke sekolah menengah. Jangan lupa kami di dunia SKCC. Jaga diri dan adab apabila melangkah dunia alam remaja...

Bagi murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 5,,,jumapa di tahun 2014. Cuti sekolah, jangan lupa mengulang kaji pelajaran terutama Tahun 5 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun 2014.






















Khamis, 14 November 2013

Tahniah ...SKCC..BOLEH...





Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid sama ada memperoleh 5A, 4A, 3A, 2A dan 1A. Tahun 2013, Sekolah Kebangsaan Canossian Convent, Segamat telah berjaya memecah rekod dengan mendapat sekurang-kurangnya 1A bagi semua pelajar. Bukan itu sahaja, setiap mata pelajaran mendapat peratus yang cemerlang dengan GPS terbaik setakat ini....GPS sekolah ialah 1.63. Satu kejayaan yang memberangsangkan sekolah. Empat mata pelajaran mendapat 100% iaitu Bahasa Melayu Pemahaman (GPS-1.32), Bahasa Melayu Penulisan(GPS-1.05), Matematik(GPS-1.73) dan Sains (GPS- 2.13). Mata pelajaran Bahasa Inggeris memperoleh 95.5%(GPS-2.00). Namun, pencapaian masih di tahap cemerlang. Syabas kepada semua murid dan guru-guru daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Tidak lupa guru pendamping dan tidak lupa juga buat Puan Hjh Ruhana Daslar  yang membantu murid-murid Tahun 6 walaupun telah bersara. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang memberi sokongan kepada murid-murid SKCC dan guru-guru serta KSIB yang juga turut membantu demi kecemerlangan murid-murid SK Convent, Segamat. Tahniah semua..... — Kami berasa gembira dan bangga dengan kamu semua.






Ibu bapa bergambar kenangan bersama dengan murid 5A dan 4A1B


 
Murid-murid Tahun 6 bersama dengan guru Matematik yang mencapai keputusan 100%.

Puan Hjh Ruhana Daslar bersama dengan Encik Supian dan Encik Nordin, guru Sains Tahun 6 ceria dengan pencapaian mata pelajaran masing-masing, 100%.




Raneytha a/p Suresh bersama dengan Mak Saudara. Jelas tergambar kegembiraan apabila mencapai 5A dalam UPSR 2013.
Kerunsingan dan keresahan Puan Tan dan Encik Ong kini hilang dengan keputusan 5A yang diperoleh oleh Ong Zhi Ying.


Deena Kartia bersama ibu bapa serta adiknya. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka.


Guru Sains, Encik Supian Hashim dan anak-anak muridnya gembira dengan pencapaian Sains 100%.

 Murid-murid Tahun 6 berkongsi kegembiraan dengan Puan Hajah Ruhana dan Cik W.Nor Asekin kerana memiliki gred A dalam bahasa Melayu pemahaman dan bahasa Melayu penulisan. Pencapaian yang tidak diduga. Kedua-dua kertas, 100 %.

Murid-murid bergambar bersama dengan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan Matematik.




SK CONVENT SEGAMAT ..BOLEH....KITA GEGARKAN LAGI DENGAN PENCAPAIAN YANG LEBIH BAIK  PADA TAHUN HADAPAN, 2014.